PROFILE CIKGU MIDAH

 








Cikgu Hamidah merupakan guru sains yang kini mengajar di Sekolah Kebangsaan Senawang. Beliau berkelulusan Sarjana Pendidikan Sekolah rendah dan kini sedang melanjutkan pengajian pada peringkat PhD dalam bidang pengukuran dan penilaian di Universiti Putra Malaysia. Beliau juga merupakan penerima HLPS daripada Kemterian Pendidikan Malaysia (KPM) dan geran penyelidikan daripada Universiti Putra Malaysia.

Beliau yang sebelum ini tular dengan kegigihannya membawa perubahan dalam bidang inovasi di sekolahnya di Sekolah Kebangsaan Senawang, turut terpilih sebagai salah seorang Edufluencer KPM. Minat yang mendalam dalam bidang inovasi telah menyebabkan Cikgu Hamidah meghasilkan pelbagai produk inovasi antaranya MLT-Serai wangi, Modul JBS, Modul i-Genius, The Dice, See The light, Rose Flower Lamp, Octopus Haven, Under The Sea House, The Octopus Light, Aqua Octopus, Sea The Sea, See The Light dan Akademi Youtuber Apps hasil Kerjasama dengan guru-guru dari seluruh Malaysia. Inovasi yang dihasilkan oleh beliau telah menerima lebih daripada 30 anugerah yang terdiri daripada 15 anugerah emas, 15 anugerah perak dan 10 anugerah gangsa. Beliau juga telah dinobatkan sebagai Johan dalam 3 minutes Pitching di peringkat daerah.

Bukan itu sahaja, beliau juga telah memberikan khidmat bakti sebagai juri dalam pertandingan bercerita STEM , juri Animasi Video dan juri Dechtlon di peringkat daerah. Selain itu, beliau juga terlibat sebagai juri dalam pertandingan inovasi di peringkat antarabangsa seperti World Science, Environment and Engineering Competition (WSEEC), Indonesia International IoT Olympiad (I3O), World Youth Invention and Innovation Award (WYIIA), International Science and Invention Fair (ISIF) dan Asean Innovative Science, Evironmental and Entrepreneur Fair (AISEEF). Beliau juga bergiat aktif sebagai sukarelawan akademi youtuber dan diberi tanggungjawab sebagai ketua panitia sains sekolah rendah dan juga pengurus pasukan inovasi akademi youtuber. Pelbagai kejayaan diperolehi bersama pasukan inovasi akademi youtuber dan telah berjaya meraih 10 anugerah emas, 3 anugerah perak, 2 anugerah gangsa, 1 video terbaik, 3 anugerah khas dan 1 artikel terbaik. 

Selain daripada itu, beliau juga bergiat aktif dalam bidang penulisan. Beliau telah menerbitkan beberapa karya penulisan termasuklah Development and Effect of Integrated Science Process Skills Module Towards Higher Order Thinking Skills Based on Edutainment (2019), The Effect of Edutainment on Higher Order Thinking Skills among Year Five Students (2019), The Effect Of Jom Bijak Sains Module With Integrated Science Process Skills And Higher Order Thinking Skills Based Of Edutainment Year 5 (2019), Keberkesanan Pembelajaran Maya Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pemudahcaraan (pdpc) Sains Di Sekolah Rendah (2021), Exploring the Implementation of Teaching and Learning Using Virtual Learning Among Elementary School Science Teachers in Malaysia (2022), The Effectiveness of Virtual Learning to Enhance Higher Order Thinking Skills in Year 5 Students (2022) dan AYU Apps Empowers The Teaching And Learning Of Sustainability (2023).

Kejayaan beliau dalam bidang inovasi turut dikongsi Bersama para pelajar, guru dan ibubapa melalui beberapa siri webinar yang diadakan secara atas talian. Sehingga kini beliau masih lagi menabur khidmat bakti secara percuma dalam membimbing para pelajar dan guru dari seluruh Malaysia untuk menyertai pelbagai pertandingan inovasi.



Terbaru Lebih lama