PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM MATRIKULASI SESI 2023/2024


Tak perlu tunggu dapat keputusan SPM untuk memohon ke matrikulasi kerana keputusan SPM akan diumumkan lambat lagi (selepas tarikh tutup permohonan)

Tarikh tutup permohonan 16 April 2023 (16 April 2023 tu baru sebulan selepas SPM berakhir pada 16 Mac 2023) - keputusan tak siap pun lagi (biasanya 3 bulan)

Selepas keputusan SPM pun berdasarkan tahun-tahun lepas permohonan ke matrikulasi tidak akan di buka semula, tak ada dan tak perlu kemaskini seperti permohonan melalui UPU - Apa nak kemaskini mohon hanya 2 program sahaja. 

Kalau keputusan sebenar SPM memenuhi@melepasi syarat ianya akan diproses dan kalau tak lepas syarat tamat di situ sahaja - tak rugi apa-apa pun, tak kena beli nombor pin pun 

Selesaikan terus sekarang - tak perlu nak isi apa-apa keputusan pun, kalau tak lepas syarat berdasarkan peperiksaan percubaan pun masih boleh mohon - dan berusahalah untuk mencapai keputusan yang akan memenuhi syarat tersebut

Selesaikan sekarang dan boleh terus fokus untuk menghadapi SPM 

Takut nanti kalau tak mohon sekarang (sebelum 16 April 2023) selepas tu rasanya apabila keputusan SPM diumumkan pun permohonan ke matrikulasi tidak akan dibuka lagi - kena mohon sekarang.

tak perlulah banyak tanya apa-apa pun, klik link ini untuk terus memohon https://matrikulasi.moe.gov.my/

 

1 Ulasan

Terbaru Lebih lama