SELAMAT DATANG 2023



Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah sedar tak sedar 2022 telah melabuhkan tirainya dan meninggalkan seribu macam kenangan suka dan duka. Pengalaman menyertai pelbagai pertandingan inovasi dan kajian tindakan berjaya meraih lebih daripada 20 pingat yang terdiri daripada pingat emas, perak dan gangsa melebihi sasaran iaitu saya hanya mensasarkan 12 pingat sahaja untuk tahun ini. Alhamdulillah, berkat kerjasama dengan rakan-rakan guru dan bimbingan para penyelia daripada UPM dan UTM, akhirnya berjaya meraih pelbagai anugerah.

Tahun 2023 telahpun membuka tirainya. Azam saya pada tahun ini ingin menjadikan platform perkongsian di laman www.cikgumidah79.com supaya dapat dijadikan sebagai sumber rujukan buat para guru, pelajar dan ibu bapa.

Mohon doakan untuk saya ye...


Cikgu Midah
1 Januari 2023


17 Ulasan

Terbaru Lebih lama